Assalamua'laikum wahai sahabat-sahabat sekelian...
Wanita : Harum Semerbak Kasturi atau Racun Di Dahanan Berduri?
Mengikuti sebuah petikkan perbualan antara aku dengan seorang sahabat yang luar biasa, beliau telah membentangkan subjek tentang kelemahan wanita terhadap 'Godaan' atau senang di lunaskan, dalam bahasa Inggeris, "Temptation". Berkaitan dengan itu, kami berdua bukan terlibat dalam perdebatan malahan ianya terjadi sebagai suatu perbincangan yang agak umum. Aku agak sedia menerima sebarang kritikan yang akan dihempaskan oleh si pencakap itu. Namun, aku amat sabar dengan kata-kata yang sering memulas telingaku, selama 12 tahun lamanya aku kenal pasti dengan wataknya.
Menurutnya, dengan fakta-fakta yang telah ada, wanita ni memang susah menolak godaan. Baik kan ia tentang nafsu dan terlalu mengikutkan perasaan, wanita ni terletak kepada kaum yang lemah. Telah dicatitkan di dalam kitab suci Al-Quran, bahawa wanita tidak berkemampuan menjadi Imam kepada para jemaah, apatah lagi menjadi pemimpin negara. Jadi, tugas wajib yang khususnya diperkatakan beliau itu, diberi sepenuh kuasa ke atas kaum lelaki sahaja. Butir yang dimaksudkan oleh sahabatku ini, aku mengakuinya, ia memang fakta. Tetapi untuk menegakkan benang yang basah pula, aku menunjukkan kepada beliau bahawa ada kaum wanita yang berminda kuat dan bisa mempunyai iman yang kukuh untuk menolak godaan yang sedia ada. Bangkanganku: Ingatkan kisah 'Joan of Arc' yang memimpin suatu pertempuran demi menegakkan negara Perancis. Sahabatku menolak pengakuan itu dengan berkata, pimpinan 'Joan of Arc' hanyalah suatu pandangan visual yang dirancang.
Wanita ni, adalah kaum yang paling banyak memegang watak di dalam kehidupan. Satunya, wanita boleh mengandung, menyusukan, menjaga dan mengasuh anak dengan sebaiknya, ia suatu kejadian yang semulajadi. Bangkangan dia: Tetapi janin tidak akan terjadi tanpa pembenihan dari pihak lelaki. Aku memandang beliau dengan sebelah mata lalu menjelingnya dengan manja sambil senyumanku sinis. 'Pertempuran minda' kami tidak berakhirnya di situ.
Aku memberi penerangan kepadanya tentang seimbangnya wanita dan lelaki dalam zaman moden ini. Namun begitu, tetap dia letakkan aku di dalam golongan 'segelintir wanita yang bersikap rational'. Nasib baik aku penyabar. Orang lelaki jangan asyik bersikap melulu, bila ditemplak kembali oleh kaum wanita yang berminda tinggi, makanya, ujah kata tu harus ada betimbang rasa sedikit. Orang lelaki ni selalunya "mistaken" atau dikenal sebagai 'bersalah anggap'. Kadang-kadang ada kaum lelaki yang tidak pernah tahu tentang ciri-ciri wanita, tiba-tiba nak tembak kata-kata makanya, orang lelaki pun memang mengikut perasaan juga.
Diri seorang wanita ini indah, ia dianugerahkan dengan sikap sopan, patuh dan melucukan. Orang lelaki kalau melihat dada wanita amat kagum dengan keajaiban semulajadi. Sebab itu kaum lelaki tak lepas dari terpandang wanita seksi dan wanita yang jelita. Nah, disitunya 'racun wanita' yang tanpa diketahui oleh kaum lelaki, ia terjerat. Orang lelaki lemah dangan titsan airmata wanita, lagi-lagi airmata kekasihnya. Namun tercurahnya racun berbisa wanita dari situ juga. Orang lelaki yang telah berumah tangga mesti kena tanggung - dosa sendiri, dosa isterinya, dosa anak perempuannya yang belum bernikah dan dosa anak lelakinya yang belum baligh! Beratkan, beb? Bagi kaum lelaki yang masih bujang, dosa tanggung sendiri manakala dosa seorang wanita yang belum bernikah ditanggung oleh bapanya. Kaum lelaki, berat tak?
Wanita - benda yang mahal harganya, akan dibelai serta dijaga dan disimpan ke tempat yang selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepahan begitu sahaja, bukan?
Dengan itu, aku mengucapkan
Wassalam kepada sekelian sahabat, wahai Sayangku, jangan mengambil hati, ia hanya suatu renungan yang penuh adab dan hormat.