The Lizard Intuition!

The Lizard Intuition! Effervescent and bubbly. Let me take you to exorbitant heights.

Monday, June 21, 2004

Assalamua'laikum.

GLEE.

"Asal aku mimpi aje, kau datang... aku mimpi je kau datang..."

I was elated to see Hoots after such a long time. The more finer to see some other familiar figures in the gig scene.

"Kak, Jahanam Corpse sudah main?" An Indon boy asked. With immediate reflex I remembered about Wak Keliwon's silly phrase, "Sini mana ada ayam hutan Din?"

Towards the end of the electrifying gig, the stage equipments are beginning to scream 'help!'. And the pro stage profs are spoofed at every technical seizure. Definitely Wak Keliwon would say, "Oh... switchnya tak idup!"

I knew I had much issues to catch up with. So, I went straight to bed after extremely wringed out at the Xtreme Metal gig last Saturday. It packed a good 400 plus crowd. Be them goths, black metalists, grindcorists, vampy babes or the good ol' metal maniacs, they sure funked the whole house down. Good work there, Faisal.

In order of god-damned goodness : LOGAM, MELT9SNOW, DAMOKIS, EIBON, RUDRA, HAZARGADDAH, EYESORE, REJEX, METALHEADS, JAHANAM CORPSE.

Okay-okay : LIQUID STEEL, CHRYSALIDS.
King Of The Ring Award : LOGAM!!!

Most 'Progressing Forward' Award : MELT9SNOW.

And so the Lizardeouss has spoken. For that growly-voiced lady who fronts with RUDRA, she's my kind of lady.

Wassalam.

Friday, June 11, 2004

Assalamua'laikum.

They Rock!


Hi ya!
Lizardeouss telah turun ke JB Larkin Stadium pada Sabtu lepas untuk menyaksikan persembahan konsert langsung kumpulan Search yang berkumandang eksklusiv hanya di semenanjung Malaysia sahaja. Di sini Lizardeouss kelihatan 'stoned out' sebaik sahaja konsert itu habis dan penonton telah mula bersurai pada malam yang berbulan indah itu...


Red Hues...
Amy telah menampilkan kegemilangan persembahan kumpulan Search, mengajak penonton konsert ke dimensi Search yang terunggulnya di dunia muzik rok melayu. Walhal pun, Search telah diperkenalkan kepada peminat ramai sebagai kumpulan rok yang paling terunggul. No doubts about it. Dengan melihat gelagat para peminat masing-masing pada malam Sabtu itu, ia telah memberi kepastian sah bahawa para peminat di JB amat menghargai seni muzik Search selama lebih dua dasawarsa lamanya, mereka amat menikmati konsert itu, termasuk Lizardeouss. Beberapa lagu kesukaan ramai yang telah dipersembahkan oleh Search pada malam konsert itu. Di antara lagu-lagu hits yang mereka persembahkan ialah 'Meniti Titian Usang', 'Isabella', 'Kejora', 'Gelora Cintaku', 'Rozana' dan sebagai penutupnya, balada yang penuh bermakna bagi yang berkasih, 'Fantasia Bulan Madu'. Tetapi aku tetap mencari, dimanakah 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'? Abang Din laluk sikit, tapi walau bagaimanapun dia tetap maintain rock.


Play it on, Kid.
Bassist baru mereka, ex-pemain dari Expidisi menggunakan Gibson. Kid punya Fender pun telah berbakti walau di mana jua mereka membuat konsert. Waktu Abang Din terlanggar wire seketika, Kid auto-react dan mengangkat chords Abang seperjuangannya, thus he saves the day! Macamana power lagi diorang ni, dah memang power to the max! Kami yang menyaksikan Konsert Search Live In JB pada malam itu benar-benar dapat menghayati kenikmatan keunggulan muzik mereka.

Akhir kata, selepas menyaksikan konsert mereka, perasaan gembira dapat terasa di sanubari. Penghayalan kepada idola adalah sesuatu yang terpencil bagi diriku, tetapi minatku terhadap Amy adalah sesuatu yang realiti. Inilah buktinya.

On a scale:
9 out of 10 for exhiliration.
9 out of 10 for showmanship.
8 out of 10 for concert creativity.
7 out of 10 for venue.
10 out of 10 for event organizers' co-ordination.

Wassalam.

Friday, June 04, 2004

Assalamua'laikum.

MERISIK KHABAR.

Suaraku yang mengherdik telah melemahkan semangatnya. Dengan tiada ku duga, dia telah menaruh perasaan takut terhadapku. Namun aku hanya seorang insan biasa, lemah perasaan. Kian ramai kenalanku yang kenal akan perwatakanku ini. Pada setiap satu teman aku, adakah dapat mereka mengenal pasti seratus peratusnya diri aku ini? Atau mereka seharusnya membuat pencarian tentang diri mereka sendiri sebelum meletakkan sebarang anggapan?

Dia telah menelefonku pada suatu tengahari. Dalam pada itu aku sedang sibuk membuat operasi di tempatku bertugas. Hari itu adalah salah satunya hari yang penuh dengan aktiviti hal kerja dan aku pula, setelah diberikan satu jawatan yang lebih mencabar, hidup bekerja telah membuktikan betapa sengitnya ia. Temanku berniat ingin 'bermanja' di talian telefon dengan menanyakan khabarku dan sekiannya. Aku amat sedarkan situasi, aku tergesa-gesa memberitahunya aku tiada masa dan harus meletakkan telefon dengan segera. Si pemanggil terpinga akan ketangkasanku waktu itu. Dia terkilan dan meletakkan telefon dengan rasa hampa. Selang sehari dua, dia berikan SMS tanda maaf atas gangguan yang dibuatnya. Aku diam, tidak menjawab.

Dia telah menunggu lama untukku memberikannya suatu panggilan di telefon. Dengan sabar dia menanti. Hari demi hari dia menjalani hal seharian dan cuba melupakan kejadian yang telah membuatkan dia kecut terhadap suaraku. Hari ini aku menjawab SMS yang diberikannya berminggu yang lalu. Sudah terang cahaya yang muram, dia gembira atas kembalinya aku seperti biasa. Aku ditanyakan tentang kejadian itu, nyata temanku itu lemah semangatnya terhadap suaraku, dengan apa nada jua. Lenyaplah rasa kegelisahannya, dia menyambut panggilanku dengan riang. Aku tersentak sejenak sambil berbisik di hati, "kenapa dengan dia ni? Infatuated kot?". Tidak seharusnya aku membuat dia begitu, amat kasihan ku kepadanya. Lemah semangatnya. Adakah hari itu aku sedang mengalami sesuatu yang diluar jangkaan? Sepertinya aku sedang menurun? Eh, aku bukan kuda kepang.

Tidakkah aku menyadari sama sekali pun? Kenyataan sememangnya tersebar luas dihadapanku. Ya, aku dapat melihat segala yang terjadi. Tidak harusku membentangkan semuanya, mana yang dapat diterima oleh teman-temanku, aku bersyukur. Jika tidak dapat diterima barang setitis pun, itu terpulang pada si empunya diri. Aku tidak mempunyai ego setinggi langit. Aku juga tidak boleh kesal atas apa yang pernah terjadi.

Infatuasi yang dialami dia selama berbulan semenjak kami bertemu telah menghanyutkan dirinya, dibuai arus keresahan yang mendayu. Aku dicarinya. Dia mahu mengikuti isi suara hatinya untuk meneruskan perjuangan infatuasinya itu akan tetapi semangatnya lemah kepada nada suaraku dalam apa jua waktu pun. Adakah dia tahu bersama siapa dia membuatkan komunikasi selama ini?

Wassalam.

Hanyut dalam bayangan sebuah misteri... Harum tiada wajah mengelilingi dia dengan suasana yang terharu...

Tuesday, June 01, 2004

Assalamua'laikum.

WHAT?!



Just sharing some light moments with you guys.

To share a laughter or two with you people means a lot to me. To those who remembered that moment sometime last year, you should have known how it felt to have wings. Real mystical feeling I must say.

I prefer to stay sane and human so I have fled away from my maternal home. Please do not disclose of my whereabouts to my parents Shinta and Rama.

Wassalam.