Assalamua'laikum.
Semalam, kelmaren, seluruh saluran t.v. di Singapura menayangkan upacara angkat sumpah Perdana Menteri baru Singapura. Kemasukan perdana menteri buat ketiga untuk negara ini. Memang true to the quotes of the people of this nation lah, government kita is made up of "the father, the son and the holy gho(h)st". Walhal pun begitu, diorang punya effect ni nyata dapat dirasa seluruh purata rakyat di sini. Samada diorang ada kasi duit secara shares apalagi diorang tarik balik duit titik peluh kita dengan cara halus.
Aku rasa dengan all my gut feelings, sang perdana menteri yang mengambil alih mulai semalam, dia ada visionaries yang lain sikit dari orang-orang yang terdahulu darinya. Aku takkan lokek menyadurkan sokongan kepada sang perdana menteri yang sanggup berbakti tanggungjawab terhadap anak-anak negara dia. Kalau perkataan beliau terkota, maka ideas dan establishment beliau cukup true blue. Namun itu, babak cerita baru ini hanya bermula dengan muka surat satu hari ini. Aku nak tengok yang sekian dan sekian, sebab aku pun mahu lebih kemajuan antara minda masyarakat seluruh kaum.
Semalam, kelmaren, dengan pembukaan ucapan sang perdana menteri dalam bahasa Inggeris diikuti dengan bahasa melayu, di dalam hati aku sorak. Dah lama benar aku tak dengar seseorang perdana menteri kita berbahasa melayu, melainkan LKY, p.m. kita yang pertama. Dengan berlakunya kes pengganas didalam dan diluar negeri, beliau rasa harus untuk menegakkan benang yang sudah basah. Tapi, matlamat beliau terletak kepada kejayaan yang sepenuhnya bagi masyarakat melayu, utama sekali anak-anak kita terhadap pelajaran dan kelulusan. Yes, aku sokong dorongan beliau itu. Jadi, masyarakat melayu kesuluruhannya, masih samar-samar penglihatanmu itu? Hanya kami sendiri yang dapat membantu bilangan anak-anak kita, kalau tak kita yang bikin, takkan nak biarkan dan tengok orang lain yang jalankan kerja itu? Orang melayu memang favourite sit back and relax, tapi, itu zaman kampung basikal lampu api. Fikiran nak kena adjust sikit, kalau orang-orang melayu kena tindas dan jadi failure, at last salahkan diri sendiri, ye tak? That's why, get up stand up, terima pembaharuan!
Penulisan aku bukan semata-mata 'ke-bordellan' tetapi sebagai rakyat dewasa yang berfikiran, aku terima perbaharuan ini. Mr PM beri galakan agar rakyat dapat berfikir secara terbuka dan bebas memberi yang kelainannya tanpa melupakan dasar dan pangkuan negara. Aku memang tempted nak bermastautin di lain continent, tapi di sinilah keluarga dan sahabat-sahabatku berada.
Wassalam.














