Assalamua'laikum.
RAYA PUNYA HAL "part 2".
Berbalik kepada cerita 'raya punya hal'... Kali ini hal betul. It's getting near and it's getting real. Adik dan ibuku tidak sabar menunggukan aku membawa mereka ke geylang serai 'the raya shopping paradise'. Jadi seterusnya, aku membawa mereka ke Joo Chiat serta the whole stretch of geylang serai untuk mereka meneroka pandangan suasana jualan raya yang sedang giat dijalankan di situ.
Sudah memang kebiasaanku berada di geylang serai tahun demi tahun. Keramaian pengunjung adalah perkara biasa. Adik dan ibuku kemayoran, dapat kepuasan berbelanja. Namun niatku yang utama adalah untuk singgah ke Darul Arqam untuk melaksanakan pembayan zakat fitrah tahun ini. Kian bertahun berturut-turut, setelah membuat pembayaran zakat menerusi talian talipon dan internet, aku rindu berhadapan seorang amil 'in person'.
Penghabisan, selepas shopping, aku pun menuju ke Darul Arqam untuk melangsungkan niatku. Lagipun, di perkarangan Darul Arqam ada hawa dingin, dibandingkan oleh asap dan bahang di luar. "Asap dan bahang?" Ya, kami bukan berada di gurun tetapi maklumlah bulan Ramadhan, di Haig Road mengadakan berbagai penjualan makanan yang dimasak di situ.
Dengan selesainya pengeluaran zakat fitrah untuk diri dan ibuku pada tahun 2004, aku terasa seperti lepas dari ikatan! Terasa lapangnya dada ini, aku gembira sekali.
Dua hari yang lalu, rumahku terisi dengan bau-bauan kuih. Ibuku sedang sibuk menjalani bisnesnya. Tepung, gula, mentega dan telur menjadi bahan-bahan utama. Dan tahun inilah 'Kuih Tart Sunti' berada di rumahku. Selama 28 tahun hidupku, hari itulah yang pertama ibuku menyerahkan pangkat baktinya kepadaku untuk membuat kuih tart with full authorities, being her the kitchen chief when it comes to raya baking. In fact, bikin kuih tart ada bermacam cara dan bahan boleh diubah mengikut rasa. Tetapi, aku lebih selesa dengan yang classic!
Therefore, Have You Paid Your Zakat Fitrah? And, care to have some 'Kuih Tart Sunti?'
Wassalam.
