MA'AL HIJRAH 1427
Assalamua'laikum.
Betapa indahnya tahun baru Islam. Ku berasa di dalam kesyukuran atas ketibaannya. Ku sambutnya dengan mengisikan hari ini bersamaan doa-doa; Ya Tuhan kami, jauhkanlah diriku ini dari kekufuran dan berikanlah kekuatanMu kepada kami agar dapat mengatasi segala masalah, hanya dengan izin-izinMu ini Ya Allah. Kami berlindung di bawah naunganMu. Amin.
Aku mahu menepis semua kesedihan di hati. Tindakan dan perilaku yang kurang rasional pada hari-hari yang lalu telah menampakkan satu petunjuk kekuasaan Allah keatas diriku dan juga kepada diri sang insan yang dipanggil kekasih. Sehinggakan tidak dapat aku menahan keperitan cobaan situasi yang berapi itu.
Insan - kau dicipta dalam pelbagai bentuk dan rupa. Pabila Allah menghadiahkan keupayaan akal kepada kamu itu, gunakanlah dengan sebaiknya. Insan yang dipanggil manusia datangnya di dalam dua acuan - (i) ia dilahirkan bersama mempunyai bakat semulajadi, dan (ii) ia diasuh untuk mempunyai bakat. Di mana kedua-dua ini hanya ada perbezaan yang tipis, tetapi ia amat berguna semasa menjalani penghijrahan akal.
Demikian tahun demi tahun berlalu, usia muda kian meningkat kepada hari tua. Akal dan minda yang cukup diasah tajam dapat memimpin insan membuat keputusan yang mutlak. Dan dengan demikian itu, bila seseorang insan yang sedang bersikap marah, akal fikirannya cetek seketika, tersendat. Segala macam percakapan dan perbuatannya yang tiada rasional boleh membabitkan akibat yang bertentangan. (Nah dengan itu, jika menendang motor CBR900 dalam keadaan marah sehingga penahannya patah dan tank bengkok menunjukkan betapa bodohnya perbuatan itu selepas kian tersedar...)
Tiada siapa yang suka dibabitkan dalam tindakan yang kasar. Ada kalanya aku rasa ingin menengahkan perkara kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, hal ehwal undang-undang polis di Singapura tidak mempunyai 'protective order' antara dua orang yang tiada pertalian - perkara sebegini hanya dapat dilaksanakan bersamaan court order. Aku dinasihatkan, sebelum bertindak selanjutnya, diskusi dahulu dan huraikan hal diantara satu sama lain. Bersikap wajar, waras dan dewasa. Tuhan amat mengetahui segala yang ada di dalam dada umatNya. Dengan kuasaMu wahai Ilahi, insan yang marah itu kembali dengan keadaan rendah hati untuk memeteraikan masalahku dengannya. Syukur... dia telah kembali sedar dan memperingati diriMu Ya Allah.
Dengan kesedaran ini pada Ma'al Hijrah 1427, ku berharap keadaan kembali pulih sesuci embun pagi yang menitis di daunan hijau. Selamat meyambut Tahun Baru Islam kepada para pembaca, para sahabat dan kepadamu kekasih.
Sedarilah...
Wassalam.
Jazak-Allah!





























